Pandangan tentang bunuh diri Bunuh_diri

Perubatan

Pembentukan idea bunuh diri ialah suatu persoalan kesihatan mental yang dianggap sebagai kecemasan perubatan. Orang-orang yang telah menyatakan rancangan-rancangan mereka untuk memudaratkan diri harus dinilai oleh pakar-pakar kesihatan mental dengan secepat mungkin. Ini adalah penting, khususnya jika cara-cara untuk membunuh diri (senjata, drug, atau kaedah-kaedah yang lain) sedia ada, atau jika pesakit itu telah merancang dengan terperinci untuk membunuh diri. Kawan-kawan atau keluarga kepada seseorang yang mengugut untuk membunuh diri harus memanggil talian penting 9-1-1 dengan segera. Di Amerika Syarikat, seseorang yang telah menyatakan tujuannya untuk mengapa-apakan diri dianggap secara automatik sebagai tidak mempunyai keupayaan mental kini untuk menolak rawatan dan oleh itu, boleh dihantar ke jabatan kecemasan walaupun bertentangan dengan kemahuannya. Seorang pakar perubatan kecemasan akan menentukan adakah rawatan pesakit dalam di dalam sebuah kemudahan rawatan kesihatan mental diperlukan. Pembicaraan mahkamah boleh diadakan untuk menentukan kompetens pesakit.

Orang-orang yang murung dianggap sebagai kumpulan risiko tinggi untuk tingkah laku bunuh diri. Talian-talian penting bunuh diri boleh didapati dengan mudah, dan mungkin dapat membantu. Bagaimanapun, sambutan yang negatif dan yang seringnya terlalu klinikal (umpamanya dicap, diugut akan dipenjarakan, atau diberikan dos perubatan yang lebih tinggi) oleh pakar-pakar perubatan telah mengakibatkan banyak orang yang mahu membunuh diri menjawab dengan lebih berhati-hati tentang sejarah kesihatan mental atau fikiran-fikiran membunuh diri mereka. Ini telah menjejaskan keberkesanan sebilangan rawatan.

Kebudayaan

Pada Zaman Negeri-negeri Berperang dan Zaman Edo di Jepun, para samurai yang gagal mempertahankan maruah mereka boleh memilih untuk menamatkan hayat mereka melalui harakiri (hara = perut, kiri = potong) atau seppuku, sejenis kaedah yang melibatkan samurai menggunakan pedang untuk memotong perut sendiri. Perut biasa dipotong secara serong dengan tangan tulis samurai dari atas, dan telah lama dianggap sebagai bentuk kematian yang hormat (walaupun dilakukan untuk menghukum keaiban). Walaupun luka tersebut jelas membawa maut, seppuku tidak selalunya boleh dianggap sebagai bunuh diri berdasarkan alasan-alasan teknik kerana pembantu samurai (kaishaku) akan bersedia untuk menamatkan sebarang penderitaan dengan memancang kepala samurai itu dengan serta-merta — kekadang sebaik sahaja pedang baru membuat luka yang kecil pada perut.

Agama

dosa yang sangat besar karena mendahului mautnya.

Perdebatan tentang bunuh diri

Mesin eutanasia.

Sesetengah orang melihat bunuh diri sebagai suatu pilihan peribadi yang sah dan sebagai salah satu hak asasi manusia (dalam bahasa percakapan, dikenali sebagai gerakan hak untuk mati), dan mempertahankan bahawa tiada orang yang harus dipaksa untuk menderita bertentangan dengan kehendaknya, khususnya dalam kes-kes penyakit yang tidak dirawat, sakit jiwa, dan umur tua yang tidak mempunyai sebarang kemungkinan untuk dipulih. Penyokong-penyokong pandangan ini menolak kepercayaan bahawa bunuh diri selalu tidak rasional dan sebaliknya, memperdebatkan bahawa ia adalah jalan keluar yang sah, walaupun mendadak, untuk mereka yang mengalami sakit yang teruk atau trauma. Sudut pandangan ini amat popular di benua Eropah , dengan eutanasia dan topik-topik lain yang serupa biasanya dibincangkan di dalam parlimen, walaupun sudut pandangan ini juga mendapat banyak sokongan di Amerika Syarikat.

Sebahagian kumpulan tersebut yang lebih kecil menganggap bahawa bunuh diri ialah hak peribadi yang tidak boleh dipersoalkan bagi sesiapa (termasuk juga orang-orang muda dan sihat) yang mempercayai bahawa dia telah mencapai keputusannya dengan rasional dan dengan hati nurani. Antara penyokong-penyokong terkenal aliran fikiran ini ialah Arthur Schopenhauer, ahli falsafah pesimis Jerman. . Kumpulan ini sering menyokong pembubaran statut-statut yang mengehadkan kebebasan orang-orang yang diketahui hendak membunuh diri, umpamanya undang-undang yang membenarkan mereka dipaksa memasukkan ke hospital kesihatan mental bertentangan dengan kehendak mereka.

Bagaimanapun, para pengkritik memperdebatkan bahawa dorongan untuk membunuh diri adalah hasil yang diwujudkan oleh penyakit mental dan oleh itu, tidak merupakan suatu perbuatan kepentingan diri yang rasional. Disebabkan oleh keseriusan dan ketakbolehbalikan keputusan untuk membunuh diri, adalah lebih cermat bagi masyarakat bersikap terlalu belas ihsan untuk memperlindungi orang-orang yang hendak membunuh diri.